Lily wrote:
21 Jan.
Hari ni aku jadi T.L (team leader) lagi. Jadi TL ni bukan leh senang-lenang suruh org wat keja, tapi wat keja xtra lagi ade lerr... Tapi tu bukan isu.
1.30 pm: Tgh sedap2 aku menikmati yong tau foo food court yg bole tahan sedap tuh, Uncle Augustine panggil ke kaunter. Dengan paksa, aku angkt punggung sambil habiskn kunyahan terakhir, g ke kaunter.
Uncle: Ini worang mau minta buat EEG ini hari jugak. Dia dtg from far.
Aku senyum kt Auntie Cina yg tgh bdiri kt kaunter tu.
Auntie Cina: Tolong la buat ini hari. I dtg dr jauh. Sekinchan sana. I org miskin..tamau datang manyak kali sini. Susah. Kena minta cuti lagi.
Dia toleh ke sofa, famili dia tgh nunggu. Maybe husband + mak + anak / cucu dia. Aik..satu kg ke ikut g spital nih..?
Aku: Minta maaf auntie. Ini hari list sudah penuh. Ini kena bagi apoinmen hari lain jugak.
Auntie Cina: Ala..tolong la. Saya sanggup tunggu. Lambat pun talak apa.
Aku jeling ke white board..berderet name list utk Urgent EEG petang ni.
(Dalam hati)Aku: Adus..kes banyak nih. Org xcukup. Nak tolong cane nih..? Alahai auntie. Tolong la memahami.
Aku: Saya bukan tamau tolong auntie. Sini kita memang mau tolong sume org. Itu sume nama org sakit teruk2 punya. Sudah x ada kosong ni. Bilik pun xde. Mesin pun tak cukup.
Aku pandang Auntie tu. Dia x buat muka kesian pun. Tapi aku tau dia mengharap. Yg penting, dia jujur. Terbayang la aku, Sekinchan yg x la brapa jauh sgt tuh. Sawah padi..kilang padi..jalan byk traffic lite, jln depan Balai polis Tg. Karang yg polis slalu wat road block. Tetiba..idea muncul.
Aku: Ok la Auntie. Bila u punya follow up kt klinik utk jupe yisang (dokter) lagi? Saya bagi u apoinmen EEG pagi2, petang u bole terus jupe yisang. Kita cuba bagi informal lab report sebelum u jupa yisang itu petang. Pukul 9 pagi musti sudah ada sini ek.
Auntie Cina: Tenkiu. Tapi..(apa lagi auntie nih?)... Pukul 9 awal sgt la. Pukul 9.30- 10.00 la. Saya mari dr rumh pukul 6.30..Sekinchan jauh la.
Uncle: U mari dr rumah pukul 5.30 la.
Aku paksa diri senyum.
Aku: Auntie, biasa kita bagi apoinmen pukul 8.15 tau. Tp sebab u mari jauh, u bole dtg kul 9. Klu u lmbt, apa macam mau kasi siap repot, petang mau jupe yisang..?
Aku senyum lagi. Pastu ak blah masuk dlm, sambung mkn. Uncle settle yg selebihnya. Auntie tu balik dgn lega coz masalah dia dh selesai. We made her life easy.
Last Week.
Hari yg aku jadi T.L. gak. Aku nmpk satu pakcik terhendap-hendap tgk bilik EEG. Aku dgn ayunya gi la tegur.
Aku: Pakcik cari sapa?
Pakcik: Saya mau tanya. Bila mau panggil anak saya, Parjo (bukn nama sebeno).. utk EEG.
Aku bawak pakcik Indonesia tu ke kaunter. Org memang tgh ramai kt waiting area. Ntah relatives @ patient lab.. aku x faham nape la dorg ni nk dtg melawat pagi2 camni. Kang kalau halau kang kata x mesra alam pulak. Lantak la. Aku kena layan pakcik ni.
Puas aku tanya gitu gini utk memahami, baru la ak tau rupanya anak pakcik tu ada kt dlm wad kt atas, terlantar unconscious. Yg dia tau, anak dia tgh nunggu utk didiagnos sakitnya. Seminggu lagi dia nk bwk anak dia balik Indon. Maybe wad dh maklumkn yg si Parjo kena wat EEG dlu, tp sampai la..lab x panggil2 lg. Tu yg pakcik tu "make some effort to come down to the lab to force us to call his son to do EEG SOON".
Bagus keprihatinan pakcik tu terhadap anaknya. Tp yg x bestnya, tone dia yg sgt la ke..laut. Gaya marah2 yg x tentu pasal. Macam kami ni tgh dok nyembang kt kaunter. Citt..
Aku kontrol tahap profesionalisme. Explain bebaik dgn bahasa yg paling mudah difahami iaitu bila dipendekkan "kami akan panggil". Waahh..lagi elok aku jawab..lagi tinggi plak pitch dia. Pakcik..pakcik..kalau lah sy ni transparent, musti pakcik bole nmpak betapa lajunya darah sy menyirap ke kepala, lantas menembusi cranium lantas memancut ke siling.
Xbole jd camni. Kalu aku pun melangsingkn suara aku, musti aku yg kiut ni akan kelihatan mcm monster..sebiji mcm pakcik tuh. Lantas aku melabuhkan punggung ke kerusi di kaunter..menarik nafas panjang dan mendongakkn kepala kpd pakcik Monster Inc. "Pakcik, kami akan panggil bila doktor request urgent. Apa2 hal, kami akan maklumkan kpd wad". Dan dgn selamba, aku buat2 sibuk kt kaunter tuh, dan pakcik tu berlalu dgn terhormatnya.
Pheww..akhir kisah, wad called, cuma minta apoinment date utk pesakit tuh. Ada lagi rasa "to make other's life easy" kt pesakit tu..so aku pun bagi la date yg secepat mungkin.
Moral of the story:
When we make other people's life easy, do we expect the same in return..?
Yes, absolutely.
But if not? What will u do?
Errkk..Sabo je la.
Sebab kenapa aku nk senangkan hidup org lain..
# aku percaya buat baik dibalas baik (sgt la konservatif kan..)
# aku x suka cari alasan nk sushkan idup aku dan idup org lain
# good deeds buat kta rasa best n selesa n hepi. x caya cuba buat skang. any difference?
# i want to be different, exclusivity is my way of life.
Tp kalu org yg dr awal dh show off bahawa mereka memg spesis yg suka menyukarkan keadaan, smpi skang aku still blajar & bereksperimen cane nk troubleshoot org camni. Tapi teknik pengabaian yg aku pakai sekarg nih, memg berkesan dan boleh digunapakai la.
Kenapa aku memblog isu ni?
Sebenarnya aku sangat tensen ngan masalah Sijil Nikah. Tanggal 8 Feb ni, genap le setahun kami menjadi Mr. & Mrs H. Tp sampai la ni, H lom amek lg Sijil Nikah dia.We alwiz heard, ppl loves to abuse the system. but, in tis issue, the system is the who abuses us!
Cukup masa, pas kenduri tuh ak memaksa diri menjejakkn kaki ke pejabat agama tu, nk collect Sijil Nikah kami. Atas inisiatif sendiri, aku amek cuti, lanyak kancil 2 jam blk Sabak. Udahlah tensen kena blk sorg2, hasilnya cuma leh amek sijil aku sorg jek. Was informed, suami kena dtg sendiri amek Sijil dia. Kad Nikah kena wat kt Shah Alam je. Pergghh...dah laki aku kt Uganda setahun..so setahun gak la nk tggu dia blk amik ke..?
Aku yg silap paham? Maybe.
Tp hasil homework yg ak wat (survey kekwn) dorg boleh je amek utk pasangn memasing. Ada yg siap bapak lg g amekkan. Konfius..konfius..
Tp kpd pihak PAID Sabak Bnam, saya ingin mencdgkan agar staf anda dihantar mengikuti kursus Pengurusan Kaunter Berkesan dan Teknik Senyuman Yang Manis.
Sekian terima kasih.
Apapun ak tau ini bukn alasan utk x amek sijil lagi. Kitorg akn usaha la..soon..g PAID Sabak Bnam tu blk, before our 1st anniversary nih. Heheh.. Pihak pejabat sana, harap jgn pulak gam kami ye. Take it positively okai. Ciao.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment