Thursday, January 21, 2010

Why Make Other's Life Difficult?

Lily wrote:

21 Jan.
Hari ni aku jadi T.L (team leader) lagi. Jadi TL ni bukan leh senang-lenang suruh org wat keja, tapi wat keja xtra lagi ade lerr... Tapi tu bukan isu.

1.30 pm: Tgh sedap2 aku menikmati yong tau foo food court yg bole tahan sedap tuh, Uncle Augustine panggil ke kaunter. Dengan paksa, aku angkt punggung sambil habiskn kunyahan terakhir, g ke kaunter.

Uncle: Ini worang mau minta buat EEG ini hari jugak. Dia dtg from far.
Aku senyum kt Auntie Cina yg tgh bdiri kt kaunter tu.

Auntie Cina: Tolong la buat ini hari. I dtg dr jauh. Sekinchan sana. I org miskin..tamau datang manyak kali sini. Susah. Kena minta cuti lagi.
Dia toleh ke sofa, famili dia tgh nunggu. Maybe husband + mak + anak / cucu dia. Aik..satu kg ke ikut g spital nih..?

Aku: Minta maaf auntie. Ini hari list sudah penuh. Ini kena bagi apoinmen hari lain jugak.

Auntie Cina: Ala..tolong la. Saya sanggup tunggu. Lambat pun talak apa.
Aku jeling ke white board..berderet name list utk Urgent EEG petang ni.

(Dalam hati)Aku: Adus..kes banyak nih. Org xcukup. Nak tolong cane nih..? Alahai auntie. Tolong la memahami.

Aku: Saya bukan tamau tolong auntie. Sini kita memang mau tolong sume org. Itu sume nama org sakit teruk2 punya. Sudah x ada kosong ni. Bilik pun xde. Mesin pun tak cukup.

Aku pandang Auntie tu. Dia x buat muka kesian pun. Tapi aku tau dia mengharap. Yg penting, dia jujur. Terbayang la aku, Sekinchan yg x la brapa jauh sgt tuh. Sawah padi..kilang padi..jalan byk traffic lite, jln depan Balai polis Tg. Karang yg polis slalu wat road block. Tetiba..idea muncul.

Aku: Ok la Auntie. Bila u punya follow up kt klinik utk jupe yisang (dokter) lagi? Saya bagi u apoinmen EEG pagi2, petang u bole terus jupe yisang. Kita cuba bagi informal lab report sebelum u jupa yisang itu petang. Pukul 9 pagi musti sudah ada sini ek.

Auntie Cina: Tenkiu. Tapi..(apa lagi auntie nih?)... Pukul 9 awal sgt la. Pukul 9.30- 10.00 la. Saya mari dr rumh pukul 6.30..Sekinchan jauh la.

Uncle: U mari dr rumah pukul 5.30 la.

Aku paksa diri senyum.
Aku: Auntie, biasa kita bagi apoinmen pukul 8.15 tau. Tp sebab u mari jauh, u bole dtg kul 9. Klu u lmbt, apa macam mau kasi siap repot, petang mau jupe yisang..?
Aku senyum lagi. Pastu ak blah masuk dlm, sambung mkn. Uncle settle yg selebihnya. Auntie tu balik dgn lega coz masalah dia dh selesai. We made her life easy.

Last Week.
Hari yg aku jadi T.L. gak. Aku nmpk satu pakcik terhendap-hendap tgk bilik EEG. Aku dgn ayunya gi la tegur.

Aku: Pakcik cari sapa?

Pakcik: Saya mau tanya. Bila mau panggil anak saya, Parjo (bukn nama sebeno).. utk EEG.

Aku bawak pakcik Indonesia tu ke kaunter. Org memang tgh ramai kt waiting area. Ntah relatives @ patient lab.. aku x faham nape la dorg ni nk dtg melawat pagi2 camni. Kang kalau halau kang kata x mesra alam pulak. Lantak la. Aku kena layan pakcik ni.

Puas aku tanya gitu gini utk memahami, baru la ak tau rupanya anak pakcik tu ada kt dlm wad kt atas, terlantar unconscious. Yg dia tau, anak dia tgh nunggu utk didiagnos sakitnya. Seminggu lagi dia nk bwk anak dia balik Indon. Maybe wad dh maklumkn yg si Parjo kena wat EEG dlu, tp sampai la..lab x panggil2 lg. Tu yg pakcik tu "make some effort to come down to the lab to force us to call his son to do EEG SOON".
Bagus keprihatinan pakcik tu terhadap anaknya. Tp yg x bestnya, tone dia yg sgt la ke..laut. Gaya marah2 yg x tentu pasal. Macam kami ni tgh dok nyembang kt kaunter. Citt..

Aku kontrol tahap profesionalisme. Explain bebaik dgn bahasa yg paling mudah difahami iaitu bila dipendekkan "kami akan panggil". Waahh..lagi elok aku jawab..lagi tinggi plak pitch dia. Pakcik..pakcik..kalau lah sy ni transparent, musti pakcik bole nmpak betapa lajunya darah sy menyirap ke kepala, lantas menembusi cranium lantas memancut ke siling.

Xbole jd camni. Kalu aku pun melangsingkn suara aku, musti aku yg kiut ni akan kelihatan mcm monster..sebiji mcm pakcik tuh. Lantas aku melabuhkan punggung ke kerusi di kaunter..menarik nafas panjang dan mendongakkn kepala kpd pakcik Monster Inc. "Pakcik, kami akan panggil bila doktor request urgent. Apa2 hal, kami akan maklumkan kpd wad". Dan dgn selamba, aku buat2 sibuk kt kaunter tuh, dan pakcik tu berlalu dgn terhormatnya.

Pheww..akhir kisah, wad called, cuma minta apoinment date utk pesakit tuh. Ada lagi rasa "to make other's life easy" kt pesakit tu..so aku pun bagi la date yg secepat mungkin.

Moral of the story:
When we make other people's life easy, do we expect the same in return..?
Yes, absolutely.
But if not? What will u do?
Errkk..Sabo je la.

Sebab kenapa aku nk senangkan hidup org lain..
# aku percaya buat baik dibalas baik (sgt la konservatif kan..)
# aku x suka cari alasan nk sushkan idup aku dan idup org lain
# good deeds buat kta rasa best n selesa n hepi. x caya cuba buat skang. any difference?
# i want to be different, exclusivity is my way of life.

Tp kalu org yg dr awal dh show off bahawa mereka memg spesis yg suka menyukarkan keadaan, smpi skang aku still blajar & bereksperimen cane nk troubleshoot org camni. Tapi teknik pengabaian yg aku pakai sekarg nih, memg berkesan dan boleh digunapakai la.

Kenapa aku memblog isu ni?
Sebenarnya aku sangat tensen ngan masalah Sijil Nikah. Tanggal 8 Feb ni, genap le setahun kami menjadi Mr. & Mrs H. Tp sampai la ni, H lom amek lg Sijil Nikah dia.We alwiz heard, ppl loves to abuse the system. but, in tis issue, the system is the who abuses us!

Cukup masa, pas kenduri tuh ak memaksa diri menjejakkn kaki ke pejabat agama tu, nk collect Sijil Nikah kami. Atas inisiatif sendiri, aku amek cuti, lanyak kancil 2 jam blk Sabak. Udahlah tensen kena blk sorg2, hasilnya cuma leh amek sijil aku sorg jek. Was informed, suami kena dtg sendiri amek Sijil dia. Kad Nikah kena wat kt Shah Alam je. Pergghh...dah laki aku kt Uganda setahun..so setahun gak la nk tggu dia blk amik ke..?
Aku yg silap paham? Maybe.
Tp hasil homework yg ak wat (survey kekwn) dorg boleh je amek utk pasangn memasing. Ada yg siap bapak lg g amekkan. Konfius..konfius..

Tp kpd pihak PAID Sabak Bnam, saya ingin mencdgkan agar staf anda dihantar mengikuti kursus Pengurusan Kaunter Berkesan dan Teknik Senyuman Yang Manis.
Sekian terima kasih.

Apapun ak tau ini bukn alasan utk x amek sijil lagi. Kitorg akn usaha la..soon..g PAID Sabak Bnam tu blk, before our 1st anniversary nih. Heheh.. Pihak pejabat sana, harap jgn pulak gam kami ye. Take it positively okai. Ciao.

Wednesday, September 9, 2009

Buka Puasa 2009 Siri 2



6 Sept 2009
Restoran Bunga Serai, Capsquare, Kuala Lumpur.
Lepak santai buka posa yg dianjurkan oleh Cik Gorganizer Aton memang berbaloi sebab dimeriahkan dgn kehadiran Iera + Ijoy (+baby dlm perut), Jay, Hana + Kuchai, Suya, Caki dan Mr. H + Lily.
Menu utama bufet semestinya masakan Melayu yg terdiri drpd pelbagai jenis lauk pauk spt paru goreng, ikan keli masak lemak, segala macam kari, sambal udang, ikan 3 rasa (tp rasa cam ayam), asam pedas ikan, sup su'un, masakan green vege yg nmpk fresh giler (bukan overcooked ok), ulam-ulaman, sambal belacan power,telur dadar dll yg aku x sempat jamah coz dh penuh 2 pinggan besar dgn lauk jek. Jgn salah sangka. Diulangi..penuh ngan lauk sahaja.
Side dishes: aneka bubur manis, cendol, kuih-muih (x brape happs sgt tp tepung pelita dlm bekas plastik hijau dia memg best), aneka salad, air jagung n bandung yg sangt lemak berkrim, buah2 standard (yg agak berjaya jua mengurangkan sembelit aku)
Walopun takde daging kambing panggang "live" tp ianya sangatlah berbaloi dengan harga RM29.00/pax (+diskaun 10% sbb >5 org, booked by Friday). Ada gak live traditional band boleh tahan sebagai halwa telinga.


#Rating
Food Selection: **** (in view of malay dishes)
Taste: *****
Environment: ****
Cleanliness: *****
Service Crew: ****
Toilet: ** (must go into the mall)
Car Park: ****
Surau: ** (in the mall)
Price: ****
Worthily: ****
Revisit?: **** (maybe next Ramadhan)

Wednesday, September 2, 2009

BUKA PUASA 2009 SIRI 1




@ Restoran Kayu Manis, Bukit Jelutong, Shah Alam
Unfortunately, unable to document photos of food coz it was a breaking fast event. So everybody was eating like ***. Anyway thanx to Alip for the treat. So, whose turn...next??
Menus:
Chinese tea, Chinese style fried rice, Chicken marmite, Mixed "Telur Dadar" ,Spicy prawn, Sweet sour fried Siakap, Vege soup, Chicken Chops, Kayu Manis Tofu, Kueh Nyonya.

#Rating
Food Selection: ****
Taste: ***
Environment: ***
Cleanliness: *****
Service Crew: ****
Toilet: ***
Car Park: ****
Surau: ***
Price: ***
Worthily: ***
Revisit?: ****

Friday, August 14, 2009

GRADUASI

Aku baru saja merdeka daripada belenggu pengajian PJJ di UPM. Pengalaman selama 3 thn (sepatutnya 3 1/2) dalam bidang bukan kritikal (Pembangunan Sumber Manusia) mengajar aku erti kecekalan dan ketabahan menimba ilmu. Cabaran belajar bukan kerana subjeknya yang terlalu payah (maaf kalau ada yg marah, ini adalah pandangan peribadi aku semata-mata) namun komitmen yang maha tinggi diperlukan dalam bentuk RM, masa dan kudrat(fizikal / emosi). Secara jujur, tiada istilah seimbang dlm kehidupan sosial, kerjaya dan pembelajaran aku. Soal kewangan, Tuhan saja yg Maha Mengetahui betapa semua simpanan aku licin, dek sebab aku malas banyak berhutang.
Aku juga berpeluang berkenalan dengan orang2 yang hebat dalam proses pembikinan tugasan. Sekadar menamakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih;
Prof Tan C.T (Ketua Unit Makmal Neurologi), Pengasas dan penghuni PERNIM (terutamanya Pn. Hjh Norlina Hj Alawi), En. Faizal Mohamed (Bekas P.T. PPUM), Pengasas dan penghuni Pusat Jagaan Anbe Sivam Klang, Pn. Rohaya Abdul Hamid (Jururawat Laktasi PPUM), En. Tengku Amirul Azran (Kaunselor PPUM) dan Dr. Zaidi.

Walau apapun cabaran dlm menyambung pengajian, aku bertahan menghadapi semuanya atas sebab-sebab berikut ;
1. Tujuan awal belajar adalah semata-mata untuk mencabar kebolehan diri sendiri
2. Bermulanya semester pertama, aku terus jatuh cinta dengan semua subjek yang aku sedang dan akan pelajari sebab pengalaman pembelajaran yg sama sekali berbeza drpd pengajian Diploma sebelum ini.
3. Bertambahnya semester, aku mula bersetuju bahawa Pembangunan Sumber Manusia dan Teknologi Makmal Perubatan (Neurofisiologi) adalah suatu integrasi.
4. Keseronokan ke kuliah dan kelas tutorial yg sgt mengujakan. Pertemuan dengan pensyarah2 senior yg mengajukan konsep pendidikan dewasa (andragogi)dan perkongsian ideologi dengan tutor,rakan2 sekelas yang mempunyai latarbelakang kerjaya yang pelbagai, telah berjaya mengajar aku membentuk "worldview" (falsafah kehidupan) aku sendiri.
5. Sebab yang utama ialah: aku mahu jadi lain drpd yg lain (I Want To Be Different).

Cara aku melepaskan kesengsaraan sepanjang kehidupan sbg pelajar ialah;

1. Bermain futsal setiap hari Ahad sejurus lepas kelas. Kadang2, aku sengaja permisi kelas awal sebab nak sampai awal ke Rio @ Subang Jaya. Lepas main, lepak sehingga Maghrib sambil menjamu nasi lemak dan air tembikai laici @ Darul Ehsan SS15.

2. Err..membeli-belah. Jusco Mid Valley / Bkt Raja, Giant 13, Mydin Subang.

3. Setiap cuti semester, aku WAJIB melancong jauh skit spt di pulau dan pulau dan pulau.

4. Berkaraoke di News KTV Klang Parade dan Red Box Sunway / Curve beberapa hari sebelum 'final'dan sejurus habis kertas terakhir.

5. Setiap kali sebelum peperiksaan akhir bermula, aku akan memulaukan diri ke tempat2 sunyi yg takde orang akan kacau aku spt balik rumah nenek di Melaka;bertapa di Bilik 24 jam Uitm; lepak di Tasik Shah Alam, McD Sek.3, McD SS15, Petronas Sek. 7 dan gazebo Projet Lebuhraya Persekutuan. Yg paling "havoc", aku pernah bermalam sendirian di Sri Malaysia PD (dgn pengetahuan Ayah), tapi malangnya cuma sempat bertahan 2 malam (coz malam ke-2 tu aku dh mula rasa seriau tak tau kenapa). Jangan salah faham. Sebab utama aku meminggirkan diri bukan sebab nak ulangkaji sungguh2 tapi sebenarnya nak menyiapkan tugasan dan kertas kerja yang dah luput tarikh penghantaran :p

6. Dan yang paling seronok ialah menjalankan 'aktiviti berkeliaran' bersama-sama Caki, Jay, Suya, Atonz, Hana, Iera, Azura, Aliff dan Basha.



2 Semester akhir pengajian merupakan episod yang paling perit sebagai seorang pelajar kerana aku sudah mula hilang fokus untuk belajar. Kekalutan membuat persiapan perkahwinan dan seterusnya perubahan status sebagai isteri kepada H, jejaka Jawa kelahiran Banting (senyum) telah menjerumuskan aku ke lembah 'keterpaksaan' untuk menghabiskan pengajian. Hakikatnya kini, kami berdua Alhamdulillah telah sama-sama berjaya mengatasi rintangan dan akhirnya aku berjaya bergelar seorang GRADUAN.

Tahniah untuk diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan (Nadiah, Nizam, Zuraidah, , Anis, Anuar, Vanitha,Kak Rosni, Kak G, Komathi, Kanika dan Punitha) yang telah sama-sama mencapai kejayaan menamatkan pengajian Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia, dengan jayanya.
Perjuangan menyambung Master. Sesiapa?

POLISI

Wah..sungguh memalukan coz aku tak pernah lg mengepos ke blog ni lepas yg 1st dlu. Yg ni aku drag drpd acc Yahoo 360 yg dh nk tutup tuh.. sayang nk buang coz byk ak blajar drpd En. Pensyarah aku ni;

15 Sept 2007 / 11.20 am / Kuliah Polisi Pembentukan Polisi Pembangunan / Prof. Dr. Azahari Ismail

5 Polisi dalam kelas yg aku belajar hari itu..

Pertama: Masa (tepati masa la..ni yg aku fail lg smpi skang)

Kedua: Dengar (listen vs hear)

Ketiga: Hadhir / Khusyuk

Keempat: Adab / Pemilihan lokasi tempat duduk (dok depan memg fav aku since skool coz if kena soal / tegur, xde sapa leh nampak xpresi muka aku kecuali cikgu kt depan tu. lgpun teori aku, org dok depan skali jarang2 kena soal..kuikui)

Kelima: Membuat kesimpulan apa yg diperolehi hari itu (errkk...)

"Org yg tak boleh ikut kelima-lima polisi di atas, terangkum dalam kumpulan org yg giler dan bebal".

"Jika kehadiran anda tidak disedari dan ketiadaan anda tidak dipeduli, anda adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang bebal". (makna katanya, kita mesti pastikan org tau n mendambakan kewujudan kita)

"Jika orang tak faham apa yg anda cuba katakan, maka anda adalah orang yang giler" (anybody faham org giler?)

"Persamaan pemandu yg tidak berpolisi dgn memandu perlahan di lorong laju ialah; mereka semunya bermuka toya" (muka takde perasaan, bodoh dan bodoh dan bodoh)

"Orang yg melakukan sesuatu tanpa mengetahui dan memahami apa yg sedang dilakukannya, iaitu hanya sekadar menurut perlakuan org lain semata-mata, adalah orang yg giler" (kitakah ini??)

Semua pernyataan di atas telah dibuat oleh Prof. yg pernah membuat kajian terhadap perlakuan manusia.

Cuba kita fikirkan..
(I alwiz wanna be different. Clothes ppl dont wear, listen to music ppl seldom like, raise up issues for the sake of argument, etc etc etc that occasionally make me appear sarcastic, irritable and ...smart? hehehhe)

Monday, March 3, 2008

Hi Hi Bye Bye

Selamat Datang kepada diri saya sindri kerna telah berjaya mem'blog'kan diri saya sindri..
Walau telah sekian lama mendaftar sbg blogger, namun barula kali ini saya berjaya menjadi blogger yg sebenar :p


Selamat Tinggal Lin!
Blog pertama saya ini ingin saya dedikasikan kpd sahabat saya Lidwina Lim yg baru je kembali meneruskan kerjaya Misi-nya di Sabah Medical Centre setelah 1/2 tahun bergelumang ngan EEG di Makmal Neurologi PPUM. Chaiyo!
Moga Lin berjaya menjadi EEGrapher yg best @ SMC!

Selepas acara "meratah" KFC n kek tajaan Lin..