Friday, August 14, 2009
GRADUASI
Aku juga berpeluang berkenalan dengan orang2 yang hebat dalam proses pembikinan tugasan. Sekadar menamakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih;
Prof Tan C.T (Ketua Unit Makmal Neurologi), Pengasas dan penghuni PERNIM (terutamanya Pn. Hjh Norlina Hj Alawi), En. Faizal Mohamed (Bekas P.T. PPUM), Pengasas dan penghuni Pusat Jagaan Anbe Sivam Klang, Pn. Rohaya Abdul Hamid (Jururawat Laktasi PPUM), En. Tengku Amirul Azran (Kaunselor PPUM) dan Dr. Zaidi.
Walau apapun cabaran dlm menyambung pengajian, aku bertahan menghadapi semuanya atas sebab-sebab berikut ;
1. Tujuan awal belajar adalah semata-mata untuk mencabar kebolehan diri sendiri
2. Bermulanya semester pertama, aku terus jatuh cinta dengan semua subjek yang aku sedang dan akan pelajari sebab pengalaman pembelajaran yg sama sekali berbeza drpd pengajian Diploma sebelum ini.
3. Bertambahnya semester, aku mula bersetuju bahawa Pembangunan Sumber Manusia dan Teknologi Makmal Perubatan (Neurofisiologi) adalah suatu integrasi.
4. Keseronokan ke kuliah dan kelas tutorial yg sgt mengujakan. Pertemuan dengan pensyarah2 senior yg mengajukan konsep pendidikan dewasa (andragogi)dan perkongsian ideologi dengan tutor,rakan2 sekelas yang mempunyai latarbelakang kerjaya yang pelbagai, telah berjaya mengajar aku membentuk "worldview" (falsafah kehidupan) aku sendiri.
5. Sebab yang utama ialah: aku mahu jadi lain drpd yg lain (I Want To Be Different).
Cara aku melepaskan kesengsaraan sepanjang kehidupan sbg pelajar ialah;
1. Bermain futsal setiap hari Ahad sejurus lepas kelas. Kadang2, aku sengaja permisi kelas awal sebab nak sampai awal ke Rio @ Subang Jaya. Lepas main, lepak sehingga Maghrib sambil menjamu nasi lemak dan air tembikai laici @ Darul Ehsan SS15.
2. Err..membeli-belah. Jusco Mid Valley / Bkt Raja, Giant 13, Mydin Subang.
3. Setiap cuti semester, aku WAJIB melancong jauh skit spt di pulau dan pulau dan pulau.
4. Berkaraoke di News KTV Klang Parade dan Red Box Sunway / Curve beberapa hari sebelum 'final'dan sejurus habis kertas terakhir.
5. Setiap kali sebelum peperiksaan akhir bermula, aku akan memulaukan diri ke tempat2 sunyi yg takde orang akan kacau aku spt balik rumah nenek di Melaka;bertapa di Bilik 24 jam Uitm; lepak di Tasik Shah Alam, McD Sek.3, McD SS15, Petronas Sek. 7 dan gazebo Projet Lebuhraya Persekutuan. Yg paling "havoc", aku pernah bermalam sendirian di Sri Malaysia PD (dgn pengetahuan Ayah), tapi malangnya cuma sempat bertahan 2 malam (coz malam ke-2 tu aku dh mula rasa seriau tak tau kenapa). Jangan salah faham. Sebab utama aku meminggirkan diri bukan sebab nak ulangkaji sungguh2 tapi sebenarnya nak menyiapkan tugasan dan kertas kerja yang dah luput tarikh penghantaran :p
6. Dan yang paling seronok ialah menjalankan 'aktiviti berkeliaran' bersama-sama Caki, Jay, Suya, Atonz, Hana, Iera, Azura, Aliff dan Basha.
2 Semester akhir pengajian merupakan episod yang paling perit sebagai seorang pelajar kerana aku sudah mula hilang fokus untuk belajar. Kekalutan membuat persiapan perkahwinan dan seterusnya perubahan status sebagai isteri kepada H, jejaka Jawa kelahiran Banting (senyum) telah menjerumuskan aku ke lembah 'keterpaksaan' untuk menghabiskan pengajian. Hakikatnya kini, kami berdua Alhamdulillah telah sama-sama berjaya mengatasi rintangan dan akhirnya aku berjaya bergelar seorang GRADUAN.
Tahniah untuk diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan (Nadiah, Nizam, Zuraidah, , Anis, Anuar, Vanitha,Kak Rosni, Kak G, Komathi, Kanika dan Punitha) yang telah sama-sama mencapai kejayaan menamatkan pengajian Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia, dengan jayanya.
Perjuangan menyambung Master. Sesiapa?
POLISI
15 Sept 2007 / 11.20 am / Kuliah Polisi Pembentukan Polisi Pembangunan / Prof. Dr. Azahari Ismail
5 Polisi dalam kelas yg aku belajar hari itu..
Pertama: Masa (tepati masa la..ni yg aku fail lg smpi skang)
Kedua: Dengar (listen vs hear)
Ketiga: Hadhir / Khusyuk
Keempat: Adab / Pemilihan lokasi tempat duduk (dok depan memg fav aku since skool coz if kena soal / tegur, xde sapa leh nampak xpresi muka aku kecuali cikgu kt depan tu. lgpun teori aku, org dok depan skali jarang2 kena soal..kuikui)
Kelima: Membuat kesimpulan apa yg diperolehi hari itu (errkk...)
"Org yg tak boleh ikut kelima-lima polisi di atas, terangkum dalam kumpulan org yg giler dan bebal".
"Jika kehadiran anda tidak disedari dan ketiadaan anda tidak dipeduli, anda adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang bebal". (makna katanya, kita mesti pastikan org tau n mendambakan kewujudan kita)
"Jika orang tak faham apa yg anda
"Persamaan pemandu yg tidak berpolisi dgn memandu perlahan di lorong laju ialah; mereka semunya bermuka toya" (muka takde perasaan, bodoh dan bodoh dan bodoh)
"Orang yg melakukan sesuatu tanpa mengetahui dan memahami apa yg sedang dilakukannya, iaitu hanya sekadar menurut perlakuan org lain semata-mata, adalah orang yg giler" (kitakah ini??)
Semua pernyataan di atas telah dibuat oleh Prof. yg pernah membuat kajian terhadap perlakuan manusia.
(I alwiz wanna be different. Clothes ppl dont wear, listen to music ppl seldom like, raise up issues for the sake of argument, etc etc etc that occasionally make me appear sarcastic, irritable and ...smart? hehehhe)